Rompakan kedai emas: RM3.2 juta barang kemas dilarikan penjenayah

Tangkap layar video tular menyaksikan sebuah kedai emas di dalam pusat beli-belah di Kajang, dirompak oleh empat lelaki bersenjata api pada Isnin.
Tangkap layar video tular menyaksikan sebuah kedai emas di dalam pusat beli-belah di Kajang, dirompak oleh empat lelaki bersenjata api pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan jumlah kerugian daripada rompakan kedai emas di sebuah pusat membeli- belah di sini pada Isnin dianggarkan sebanyak RM3.2 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, penilaian kerugian itu dimaklumkan oleh pemilik kedai emas terbabit setelah semakan dibuat ke atas barangan kemas yang disahkan telah dirompak.

"Kerugian ekoran kejadian rompakan di sebuah pusat membeli- belah di sini adalah dianggarkan sebanyak RM3.2 juta.

"Sehingga ini, masih tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohamad Nasir berkata, sehingga ini sebanyak tujuh saksi kejadian telah diambil keterangan oleh pihak polis.

"Tujuh saksi yang diambil keterangan itu termasuk kakitangan yang berada di kedai emas berkenaan semasa kejadian tersebut berlaku.

"Beberapa orang saksi lain akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lelaki nekad rompak kedai emas dalam pusat beli-belah

Sinar Harian melaporkan empat suspek lelaki memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng serta bersarung tangan gelap dipercayai merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat membeli -belah di sini pada Isnin.

Semasa kejadian, suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan satu laras senapang serta telah melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis.

Setelah mengambil barangan kemas dari kedai tersebut, kesemua suspek dipercayai melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan pusat membeli- belah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian rompakan kedai emas oleh sekumpulan empat lelaki mula tersebar di media sosial pada Selasa. Video menunjukkan empat lelaki bertopeng dan bersenjata menuju ke kedai emas terbabit dalam keadaan bersahaja sebelum melakukan jenayah rompakan. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Rompak #CCTV #KedaiEmasrompak

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!