Rompak kedai emas: 11 individu dirakam keterangan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Seramai 11 individu dirakam keterangan berkaitan kes rompakan bersenjata di sebuah kedai emas dekat Pelabuhan Klang di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dijalankan pihaknya.

"Kita telah merakam keterangan pekerja dan beberapa pelanggan yang berada di dalam presmis ketika kejadian berlaku.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan setakat ini dan usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang lelaki bersenjatakan pistol hanya mengambil masa kurang satu minit untuk melarikan barang kemas bernilai RM27,000 dalam kejadian samun kedai emas di Pelabuhan Klang, di sini.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang itu, suspek bertindak memegang pengawal keselamatan kedai itu sebelum membawanya masuk sebelum melepaskan dua das tembakan ke lantai.

Suspek kemudiannya mengarahkan penjaga premis mengeluarkan barang kemas, namun tidak dituruti sebelum suspek mengambil sendiri dua gelang dan satu rantai emas di atas meja jualan dianggar bernilai RM27,000.

Suspek turut bertindak mengambil dua beg tangan milik pelanggan premis itu sebelum melarikan diri menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 warna biru.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!