Peranan veteran UMNO tidak boleh dipandang rendah - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan (empat dari kanan) menyerahkan agihan daging korban kepada Abd Rahman di Pejabat UMNO Bahagian UMNO Pontian, pada Selasa.
Ahmad Maslan (empat dari kanan) menyerahkan agihan daging korban kepada Abd Rahman di Pejabat UMNO Bahagian UMNO Pontian, pada Selasa.
A
A
A

PONTIAN - Peranan veteran UMNO di setiap bahagian tidak boleh dipandang rendah kerana golongan itu banyak menyumbang kepada kemenangan parti dan Barisan Nasional (BN) setiap kali pilihan raya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap UMNO Bahagian diingatkan tidak lupa kesetiaan golongan veteran ini dengan memasukkan mereka di dalam struktur jentera parti.

"Saya ingin mengesyorkan bahagian-bahagian menggunakan lima peringkat dengan memasukkan veteran sebagai tambahan kepada empat peringat sebelum ini iaitu bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita.

"Veteran ini selalu dilupakan. Di setiap bahagian, veteran cukup penting kerana jika dilihat daripada peti undi pilihan raya, peti undi veteran ini selalu kita menang. Mereka ini di saluran satu dan dua, kekal setia kepada BN dan UMNO.

"Oleh kerana itu, jentera veteran ini perlu dihargai dan perlu diletakkan di dalam struktur jentera parti," katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu ditemui selepas mengagihkan daging korban kepada Ahli Jawatankuasa UMNO peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan Veteran di Pejabat UMNO Bahagian Pontian, pada Selasa.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan dan Pengerusi Veteran UMNO Pontian, Abd Rahman Jamat.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian yang akan diadakan pada bulan depan bakal disertai veteran UMNO sebagai pemerhati.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 30 ahli jawatankuasa (AJK) veteran akan menjadi pemerhati khas dalam dewan persidangan sebagai pengikrafan kepada jentera veteran. Bukan hanya wakil pengerusinya sahaja tetapi kali ini, AJK veteran akan turut serta.

"Saya harap UMNO Bahagian diseluruh negara akan mengggunakan pendekatan yang sama dalam mengiktiraf jasa golongan veteran ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!