KWSP: Ahmad Maslan cadang pengeluaran penuh atau sebahagian selepas bersara

Pencarum boleh membuat pilihan apabila berumur 55 atau 60 tahun iaitu hanya mengeluarkan sebahagian daripada KWSP. - Gambar hiasan
Pencarum boleh membuat pilihan apabila berumur 55 atau 60 tahun iaitu hanya mengeluarkan sebahagian daripada KWSP. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih sama ada mengeluarkan semua atau sebahagian wang simpanan mereka setelah bersara kelak.

Perkara tersebut dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Memetik portal UMNO online, Ahmad berkata, sebahagian lagi yang tinggal dalam akaun KWSP boleh dikeluarkan secara bulanan dan dengan itu dividen masih boleh diperolehi.

"Saya ingin buat satu cadangan di sini, ia agak pelik tetapi boleh dilakukan. Sebanyak 15.5 juta rakyat ada KWSP, lapan juta daripadanya adalah mereka yang aktif dan daripada lapan juta itu kita boleh aturkan pencen untuk golongan berkenaan.

“Mereka boleh membuat pilihan apabila berumur 55 atau 60 tahun iaitu hanya mengeluarkan sebahagian daripada KWSP. Katalah ambil satu per empat dan tiga per empat lagi dibahagikan tiap-tiap bulan," katanya.

Tambah beliau, baki tiga per empat itu masih lagi boleh menerima dividen KWSP yang mana purata bonus tahunannya antara lima hingga enam peratus setahun.

“Namun jika mereka keluarkan sekali gus selepas bersara, mereka tidak akan mendapat dividen berkenaan dan ini antara cadangan yang sebenarnya KWSP belum diumum serta dilancarkan lagi.

"Walaupun dah ada tetapi belum menjadi satu dasar kerajaan dan saya mencadangkan ini menjadi dasar kerajaan,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: