Jumpa bayi di hentian bas depan sekolah

Bayi lelaki yang dijumpai di hentian bas hadapan sebuah sekolah di Tanjung Ipoh semalam.
Bayi lelaki yang dijumpai di hentian bas hadapan sebuah sekolah di Tanjung Ipoh semalam.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang bayi lelaki ditemui di hentian bas di hadapan sebuah sekolah di Tanjung Ipoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, bayi yang dibalut dengan kain pelekat itu dimasukkan ke dalam beg plastik.

"Kami menerima laporan penemuan bayi itu daripada seorang lelaki pada jam 10.20 pagi dan dipercayai bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, bayi yang cukup sifat itu dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk pemeriksaan.

"Kita sedang mengesan ibu bapa bayi tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun," katanya.

Artikel Berkaitan: