Polis cari saksi nahas maut di Lebuhraya Grand Sepadu

Mangsa yang parah disahkan maut di lokasi kejadian di KM 6.7 Lebuhraya Grand Sepadu, Klang, semalam.
Mangsa yang parah disahkan maut di lokasi kejadian di KM 6.7 Lebuhraya Grand Sepadu, Klang, semalam.
A
A
A

KLANG - Polis memohon saksi bebas untuk tampil membantu siasatan berhubung kemalangan maut di Kilometer 6.7 Lebuhraya Grand Sepadu, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa Mohamad Shatari A Taufik berusia 59 tahun yang menaiki motosikal jenis Honda Future disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti.

"Sebelum kejadian, kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah yang sama iaitu dari Tol Bukit Raja menghala ke Pelabuhan Utara, Klang.

"Siasatan awal polis dapati tidak ada saksi yang dapat mengenal pasti jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dengan kemalangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Diminta kepada saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan pihak polis, mana-mana saksi boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318," katanya.

Artikel Berkaitan: