Puncak Bukit Berekeh terbakar

Kawasan hutan di puncak Bukit Berekeh di Sungai Siput, terbakar hari ini.
Kawasan hutan di puncak Bukit Berekeh di Sungai Siput, terbakar hari ini.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Hutan seluas dua hektar di kawasan puncak Bukit Berekeh berhampiran Kampung Bawong di sini terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.36 pagi melaporkan kebakaran di kawasan tumpuan pendaki itu.

Kira-kira lima ekar kawasan Bukit Berekeh, Sungai Siput, terbakar hari ini.
Kira-kira lima ekar kawasan Bukit Berekeh, Sungai Siput, terbakar hari ini.

“Kebakaran melibatkan hutan di kawasan sekitar Bukit Berekah telah merebak seluas dua hektar bermula dari puncak bukit.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan melibatkan kekuatan 14 anggota yang diketuai Jeffry Abdullah dengan kaedah pemerap api,” katanya.

Kawasan hutan di puncak Bukit Berekeh di Sungai Siput, terbakar hari ini.
Kawasan hutan di puncak Bukit Berekeh di Sungai Siput, terbakar hari ini.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada pembakaran terbuka selain keadaan cuaca panas dan kering.

Sehingga jam 7 petang, pihak bomba memaklumkan operasi masih diteruskan.

Artikel Berkaitan: