Rangka manusia ditemui di hutan bakau Kampung Wai

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KANGAR - Rangka manusia yang sudah reput ditemukan di belukar hutan bakau di Jalan Batu Buaya, Kampung Wai di Kuala Perlis dekat sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam pada jam 4.20 petang.

"Pemeriksaan menyeluruh di lokasi tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan dan pemeriksaan terhadap rangka itu mendapati ia tidak cukup sifat dan sudah reput.

"Rangka itu mungkin dihanyutkan atau dimakan binatang di belukar berkenaan," katanya dalam satu kenyataan malam Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

Rangka itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!