Rangka, tulang sah milik Muhammad Syafiq - Polis

Muhammad Syafiq Salehin
Muhammad Syafiq Salehin
A
A
A

TAMPIN - Rangka manusia yang dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini pada 29 April lepas disahkan milik individu yang dilaporkan hilang pada 25 Mac lepas, Muhammad Syafiq Salehin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, ia berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan.

"Laporan DNA telah mengesahkan bahawa rangka tersebut adalah milik Muhammad Syafiq Salehin yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, selain rangka manusia turut dijumpai adalah topi keledar, motosikal dan tali pinggang yang mana jarak rangka manusia dengan motosikal itu lebih kurang 15 meter (m),rangka tulang belakang (10m) serta tengkorak lebih kurang (80m).

Polis juga sebelum itu meminta bantuan orang ramai mengesan Muhamad Syafiq,32, yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Muhamad Syafiq menetapkan di Kampung Paya Lebar, Air Kuning Selatan yang mana dia keluar rumah untuk bekerja pada jam 6.45 pagi di landasan keretapi Batang Melaka-Gemas, hari sama dan kali terakhir dilihat di kawasan kedai makan Majlis Daerah di Kampung Baru Air Kuning Selatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Rangka, tulang sah milik Muhammad Syafiq - Polis #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Hilang #Rangka #LadangKelapaSawit #Polis #DNA #MuhammadSyafiq

Crysis 2 Intro - Hans Zimmer

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!