Dahan pokok reput hempap empat beranak bermotosikal

Tular video di media sosial sebuah motosikal dipercayai dinaiki empat beranak dihempap dahan pokok patah di Jalan Bukit Putus di sini pada Selasa.
Tular video di media sosial sebuah motosikal dipercayai dinaiki empat beranak dihempap dahan pokok patah di Jalan Bukit Putus di sini pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Tular video di media sosial sebuah motosikal dipercayai dinaiki empat beranak dihempap dahan pokok patah di Jalan Bukit Putus di sini pada Selasa.

Menerusi video berdurasi 0.59 minit itu, kelihatan dahan pokok yang sudah reput di tepi jalan patah secara tiba-tiba lalu menghempap mereka yang kebetulan lalu di situ.

Kejadian itu mengakibatkan pembonceng wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan tercampak ke tengah jalan raya.

Sebuah kereta Proton Saga yang lalu bersebelahan motosikal tersebut turut terkena serpihan dahan terbabit dan sempat memberhentikan kenderaannya apabila melihat mangsa terjatuh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa.

Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan motosikal itu dinaiki sekeluarga yang dalam perjalanan membuat penghantaran makanan.

Katanya, mereka sememangnya selalu berulang alik dari Kuala Pilah ke Seremban dan difahamka motosikal itu saja kenderaan yang mereka ada.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Dahan pokok reput hempap empat beranak bermotosikal #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #JalanRaya #Kemalangan #Keselamatan #Motosikal #Pokok #Keluarga

Suspense - Gold-Tiger

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!