'Jangan ambil gambar, itu bos kami'

Beberapa individu dipercayai peguam dan pengawal peribadi orang kena siasat (OKS) terbabit meminta supaya diberikan laluan dengan menolak jurugambar yang mahu menjalankan tugas.
Beberapa individu dipercayai peguam dan pengawal peribadi orang kena siasat (OKS) terbabit meminta supaya diberikan laluan dengan menolak jurugambar yang mahu menjalankan tugas.
A
A
A

IPOH - Suasana pekarangan Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa kecoh apabila petugas media dihalang merakam gambar seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes tanah rizab Melayu.

Kejadian sekitar jam 11.45 pagi itu berlaku selepas beberapa individu dipercayai peguam dan pengawal peribadi orang kena siasat (OKS) terbabit meminta supaya diberikan laluan dengan menolak jurugambar yang mahu menjalankan tugas.

Situasi petugas media dihalang merakam gambar seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes tanah rizab Melayu.
Situasi petugas media dihalang merakam gambar seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes tanah rizab Melayu.

Mereka turut menjerit 'jangan ambil gambar, itu bos kami' dan melakukan cubaan menutup lensa kamera petugas media dengan tangan dan badan.

Situasi itu terjadi ketika OKS dibawa keluar dari pekarangan mahkamah menuju ke kenderaan SPRM.

Beberapa individu melakukan cubaan menutup lensa kamera petugas media dengan tangan dan badan.
Beberapa individu melakukan cubaan menutup lensa kamera petugas media dengan tangan dan badan.

Susulan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung kekasaran yang berlaku.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan permohonan reman selama empat hari terhadap pengarah berkenaan bagi membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar Tanah Rizab Melayu di Mukim Manjung.

Artikel Berkaitan:

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas membenarkan permohonan dibuat SPRM.

Lelaki berusia 44 itu telah ditahan sekitar jam 7 malam pada Isnin ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perak.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah membayar wang rasuah kepada seorang penjawat awam yang bekerja di pejabat tanah di sebuah negeri di utara tanah air.

Wang tersebut bertujuan mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu yang menyebabkan pemecahan lot di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusnya dipindah milik kepada syarikat dan individu bukan Melayu.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi telah mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah akta 16(b)(B) Akta SPRM 2009," katanya.

Pada 30 April lalu media melaporkan, bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan, 12 tahun lalu.

Tertuduh, Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!