Arkitek baharu di sebalik kebangkitan sepak takraw Malaysia

Tahun 2024 menyaksikan skuad takraw negara di bawah pimpin Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan akhirnya berjaya meruntuhkan dominasi pasukan Thailand dalam kejohanan antarabangsa
Tahun 2024 menyaksikan skuad takraw negara di bawah pimpin Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan akhirnya berjaya meruntuhkan dominasi pasukan Thailand dalam kejohanan antarabangsa
A
A
A

Selepas melalui pelbagai kemelut dan dugaan dalam dunia sepak takraw beberapa tahun lalu, umpama awan mendung berarak pergi; Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bangkit kembali. Kebangkitan itu pula bukan biasa-biasa tapi bangkit dengan penuh semangat sehingga mampu mencipta kegemilangan yang kabur selama ini.

Kesinambungan Sepak Takrwa League (STL) sehingga kepada menjulang juara beregu dan antara regu membenam musuh tradisi, Thailand pada Kejohanan Piala Dunia ISTAF minggu lalu, merupakan satu lakaran detik kebangkitan sukan sepak takraw dan PSM.

Di sebalik detik-detik indah itu, terselindungnya kisah jerit perih, pengorbanan masa dan tenaga oleh seorang arkitek baharu sukan sepak takraw negara. Datuk Sumali Reduan; satu nama yang wajar diberi pujian dalam memulih dan memberikan nafas baharu kepada PSM dan sukan sepak takraw di Malaysia selepas persatuan itu sendiri hampir dibubarkan beberapa tahun lalu.

Biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran saat mengambil alih jawatan PSM, Sumali tetap komited membina semula legasi sukan sepak takraw negara.
Biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran saat mengambil alih jawatan PSM, Sumali tetap komited membina semula legasi sukan sepak takraw negara.

Apabila anak kelahiran Pontian ini, menyandang jawatan Presiden PSM, persatuan ketika itu berada di ambang pembubaran, dengan pejabat pendaftar kerajaan mempertimbangkan penamatannya - suatu bukti besarnya krisis yang melanda sepak takraw Malaysia. Untuk menambah masalah, persekutuan antarabangsa sepak takraw menawarkan sedikit ketenangan, menjadikan Malaysia terpencil di pentas global.

Tidak terpengaruh dengan cabaran dan dugaan yang besar, Sumali memulakan jejak transformasi, melakarkan perjalanan baharu dalam mentakrifkan semula landskap dunia sepak takraw Malaysia.

Mimpi besar jadi kenyataan

Bagi Bendahari PSM, Datuk Dazma Shah Daud, beliau sendiri menyaksikan selama dua tahun yang sukar, Sumali mengharungi segala liku cabaran dan rintangan, keazamannya yang tidak berbelah bahaginya itulah menerbitkan sinar harapan untuk atlet dan peminat sukan penuh tradisi di negara ini.

Artikel Berkaitan:

“Dalam masa setahun Datuk Sumali dapat satukan semula semua Ahli Gabungan dan Ahli Bersekutu dalam keluarga PSM yang sebahagiannya telah keluar dari PSM sebelum ini

“Di tengah-tengah kegawatan, saya lihat beliau berani bermimpi besar, merebut peluang untuk mempamerkan kehebatan Malaysia di pentas antarabangsa dengan membida menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepaktakraw 2024 di Kuala Lumpur—suatu usaha berani yang akan menguji ketabahan negara tidak seperti sebelum ini,” katanya.

Dazma (kanan) ketika bersama Sumali menguruskan Kejohanan Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 yang melabuhkan tirai minggu lalu.
Dazma (kanan) ketika bersama Sumali menguruskan Kejohanan Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 yang melabuhkan tirai minggu lalu.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan, Datuk Abi Jimi Samat berkata, kemuncak usaha Sumali akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan cemerlang Piala Dunia Sepaktakraw 2024, dan itulah bukti kepimpinan berwawasan Sumali dan komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap sukan itu.

Menurutnya, sebagai individu yang bertanggungjawab mengendalikan latihan bersama skuad kebangsaan, Abi Jimi mengakui ketokohan serta sifat prihatin Sumali amat disenangi oleh keseluruhan barisan kejurulatihan, pemain mahupun pegawai-pegawai dalam pasukan

“Kami sendiri bangga apabila ISTAF menyanjung dan memuji kejohanan Piala Duna 2024 merupakan kejohanan paling berjaya dalam semua pertandingan peringkat antarabangsa.

“Acara itu mempamerkan kehebatan organisasi Malaysia dan mengesahkan statusnya sebagai kuasa global dalam sepak takraw.

“Bagaimanapun, kejayaan Sumali tidak hanya terhad kepada bidang kecemerlangan organisasi. Di bawah kepimpinannya, sepak takraw Malaysia melonjak ke tahap baharu dalam pencapaian sukan, meraih dua kejuaraan dalam kategori beregu dan regu, bersama-sama dengan naib juara dalam acara berpasukan. Satu bukti yang sesuai dengan bakat dan ketabahan atlet Malaysia,” ujarnya.

Keazaman jadi inspirasi

Kesinambungan Sepak Takrwa League (STL) sehingga kepada menjulang juara beregu dan antara regu membenam musuh tradisi, Thailand pada Kejohanan Piala Dunia ISTAF minggu lalu, merupakan satu lakaran detik kebangkitan sukan sepak takraw dan PSM.
Kesinambungan Sepak Takrwa League (STL) sehingga kepada menjulang juara beregu dan antara regu membenam musuh tradisi, Thailand pada Kejohanan Piala Dunia ISTAF minggu lalu, merupakan satu lakaran detik kebangkitan sukan sepak takraw dan PSM.

Ketika tirai Piala Dunia Sepaktakraw 2024 ditutup, Sumali yang tak leka dek pujian dan tak gentar dek kejian tetap berdiri tegak sebagai arkitek kebangkitan sepak takraw Malaysia sebagai suara inspirasi untuk pentadbir dan peminat sukan di seluruh dunia.

Perjalanannya yang luar biasa menjadi peringatan bahawa dengan visi, keazaman, dan tekad yang tidak berbelah bahagi menjadi tonik mujarab dalam mendepani cabaran yang paling menggerunkan, membawa kepada era baharu kecemerlangan sukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!