Sistem ranking sepak takraw dunia penting

Sumali
Sumali
A
A
A

SISTEM ranking sepak takraw dunia penting dalam memastikan standard dan kualiti semasa pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw atau kejuaraan lain sentiasa berada pada tahap terbaik.

Malah, menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, pendekatan itu juga penting dilaksanakan bagi memastikan pasukan mengetahui tahap kekuatan sebenar dalam sukan berkenaan.

"Tujuan ranking ini adalah untuk melihat pencapaian di setiap negara supaya di piala dunia seterusnya ataupun kejohanan antarabangsa yang akan datang, ada sistem ranking itu untuk kumpulan dan sebagainya.

"Sebab kalau tidak nanti dia bercampur aduk sebab ada negara yang mungkin belum sampai ranking tersebut, kita tak boleh satukan dalam satu kejohanan, dia kena pecah-pecahkan ikut ranking," katanya selepas Majlis Pelancaran Trofi Piala Serumpun bagi Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, pada 18 hingga 26 Mei ini.

Hadir merasmikan majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) sebelum itu melantik Sumali mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Mei ini.

INFO

Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Artikel Berkaitan:

DIVISYEN PREMIER

Malaysia

Thailand

Korea Selatan

Myanmar

Vietnam

India

Indonesia

Singapura

Brunei

Jepun

China

Filipina

DIVISYEN SATU

Sri Lanka

Arab Saudi

Perancis

Iran

Taiwan

Nepal

Pakistan

Jerman

Bangladesh

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28