Khamzat tidak obses lindungi rekod tanpa kalah

Khamzat (kiri) memasang impian untuk muncul juara dua divisyen UFC dan enggan memikirkan sama mampu bersara dengan rekod tanpa kalah seperti dilakukan Khabib. - Foto: Agensi
Khamzat (kiri) memasang impian untuk muncul juara dua divisyen UFC dan enggan memikirkan sama mampu bersara dengan rekod tanpa kalah seperti dilakukan Khabib. - Foto: Agensi
A
A
A

JUARA dunia UFC, Khamzat Chimaev menegaskan fokus utamanya bukan untuk melindungi rekod tanpa kalah sepanjang karier, sebaliknya memburu cabaran besar termasuk impian muncul juara dua divisyen.

Petarung digelar ‘Borz’ itu mencuri tumpuan selepas menewaskan Dricus du Plessis pada Ogos tahun lalu bagi merangkul kejuaraan kelas middleweight, sekali gus melebarkan rekod profesionalnya kepada 15-0.

Walaupun ramai melihatnya sebagai calon terbaik untuk mengakhiri karier dengan rekod bersih seperti legenda Khabib Nurmagomedov, Khamzat mengakui perkara itu bukan keutamaan dalam perancangannya.

“Saya hanya mahu menjadi juara dua divisyen. Saya bukan jenis yang mahu bersara tanpa kalah.

“Bersara dengan rekod bersih? Saya tidak kisah tentang semua itu,” katanya dalam sebuah podcast baru-baru ini.

Dalam sejarah seni mempertahankan diri campuran (MMA), Khabib kekal satu-satunya juara yang bersara dengan rekod tanpa kalah, namun persaraannya ketika masih berada di kemuncak prestasi sering menjadi perdebatan dalam kalangan peminat dan penganalisis.

Meskipun diakui antara petarung paling dominan dari segi kemahiran, legenda Dagestan itu kerap dianggap kurang dari sudut tempoh dominasi dan jumlah mempertahankan kejuaraan jika dibandingkan dengan ikon lain seperti Jon Jones, Georges St-Pierre, Anderson Silva dan Demetrious Johnson.

Bagi Khamzat, laluan berbeza itu bukan isu, petarung kelahiran Chechnya itu bertekad membina legasi sendiri walaupun ia bermakna mempertaruhkan rekod tanpa kalahnya di dalam oktagon.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JUARA dunia UFC, Khamzat Chimaev berfokus pada menjadi juara dua divisyen bukan menjaga rekod tanpa kalah
  • Khamzat mencatatkan rekod profesional 15-0 setelah menewaskan Dricus du Plessis
  • Dia tidak mementingkan bersara dengan rekod bersih seperti Khabib Nurmagomedov
  • Menjadi satu-satunya juara yang bersara tanpa kalah, Khabib sering dibandingkan dengan petarung legenda lain
  • Chimaev bertekad membina legasi sendiri walaupun berisiko kehilangan rekod tak terkalahi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!