Matrix Concepts raih untung bersih RM251.4 juta, rekod kedua tertinggi

Pengasas Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock (Kiri) bersama Mohamad Haslah.
Pengasas Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock (Kiri) bersama Mohamad Haslah.
A
A
A

SYARIKAT pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) meraih keuntungan bersih sebanyak 21.3 peratus iaitu RM251.4 juta berbanding RM207.2 juta pada 2023.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, ia merupakan rekod kedua tertinggi dan menunjukkan pertumbuhan yang konsisten dimiliki oleh syarikat berkenaan.

"Peningkatan projek yang terletak di lokasi strategik iaitu Negeri Sembilan, Klang dan Johor memberi banyak sumbangan dalam kejayaan tersebut. Kelebihan ini juga menjadi pemangkin bagi pembangunan perbandaran seluas 1,383 ekar di Lembah Wawasan Malaysia (MVV) nanti.

"Dengan anggaran pembangunan garis masa tujuh hingga 10 tahun dan unjuran nilai pembangunan kasar RM7 bilion, MVV mewakili peluang transformatif dan bakal meningkatkan hasil lebih 30 peratus serta mengukuhkan kedudukan sebagai pemaju hartanah terkemuka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Kami akan terus mengenal pasti dan mendapatkan perolehan tanah berkualiti dan usaha niaga yang melengkapkan operasi sedia ada, memastikan kepelbagaian dan pengembangan yang berterusan untuk kumpulan, sambil kekal fokus untuk menyampaikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham," jelasnya.

Dalam pada itu Mohamad Haslah memaklumkan, keuntungan bersih bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2024 (4S24) meningkat 15.9 peratus kepada RM65.6 juta berbanding RM56.6 juta pada suku yang sama sebelumnya.

"Ia didorong oleh permintaan yang kukuh untuk hartanah di Sendayan Developments di Seremban, Negeri Sembilan manakala hasil 4Q24 meningkat 17.1 peratus iaitu RM353.9 juta daripada RM302.2 juta.

"Bagi pendapatan segmen pula meningkat 17.5 peratus kepada RM342.5 juta hasil daripada peningkatan pengiktirafan jualan bagi hartanah kediaman, komersial dan perindustrian," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut beliau berkata, jualan hartanah baharu menunjukkan pertumbuhan kukuh pada 4Q24 dipacu oleh sentimen positif daripada pembeli rumah, mencecah RM286.6 juta berbanding RM202.2 juta.

Ujarnya, majoriti 90 peratus jualan hartanah baharu disumbangkan oleh Sendayan Developments manakala bakinya daripada Levia Residence in Lembah Klang, Negeri Sembilan dam Bandar Seri Impian di Kluang, Johor.

"Matrix Concepts mencapai pertumbuhan luar biasa dan meluaskan kehadiran kami di peringkat tempatan serta antarabangsa. Rekod prestasi yang konsisten adalah bukti pengurusan kami yang berpengalaman dan strategi dilaksanakan dengan baik merentas portfolio hartanah kami di Malaysia, Indonesia dan Australia.

“Kami mempunyai kelebihan dalam mengekalkan pembayaran yang lumayan kepada pemegang saham apabila YP2024 menunjukkan pengagihan dividen tertinggi dalam rekod sejarah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!