Empat ‘superman’ lumba haram dicekup

Empat penunggang motosikal berusia antara 15 hingga 23 tahun ditahan.
Empat penunggang motosikal berusia antara 15 hingga 23 tahun ditahan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Keseronokan empat ‘superman’ menunggang motosikal dan berlumba sesama sendiri di Jalan Lebuh Ismail Sultan di sini berakhir apabila kesemua mereka ditahan polis pada awal pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kesemua ditahan berusia antara 15 hingga 23 tahun selepas dikesan menunggang motosikal dengan melakukan aksi-aksi berbahaya.

Beliau berkata, mereka dikesan menunggang motosikal secara melulu, menundukkan kepala selari dengan meter serta melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang seperti ala Superman, berlumba sesama sendiri selain melakukan aksi zig-zag yang membahayakan diri sendiri termasuk pengguna jalan raya lain.

“Siasatan mendapati masih terdapat kumpulan motosikal yang masuk ke lokasi ini bagi tujuan berkumpul dan beraksi seolah-olah tidak serik walaupun sudah berulang kali dikenakan tindakan.

“Kesemua individu ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kesemua motosikal yang ditunggang suspek turut disita.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

berusia antara 15 hingga 23 tahun dikesan menunggang motosikal dengan melakukan aksi-aksi berbahaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: