Lawan arus di lebuh raya lari sekatan jalan

Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam Op Bersepadu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Ahad
Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam Op Bersepadu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Ahad
A
A
A

GOMBAK - Beberapa penunggang motosikal sanggup membahayakan nyawa sendiri apabila cuba berpatah balik dengan melawan arus selepas melihat sekatan jalan raya besar-besaran berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini pada Ahad.

Tinjauan di lokasi mendapati tindakan terbabit bukan sahaja dilakukan kumpulan motosikal kapcai, malah kumpulan motosikal berkuasa tinggi, selain ada yang cuba menghubungi rakan-rakan lain

Gelagat penunggang-penunggang terbabit antara yang dikesan sepanjang pelaksanaan Op Bersepadu diketuai Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Semua patah balik, depan roadblock," jerit salah seorang penunggang motosikal selepas melihat lampu kenderaan polis.

Operasi itu juga 'dihangatkan' dengan bunyi bising ekzos motosikal, selain ada pengguna lebuh raya lain merakam operasi dijalankan itu.

Op Bersepadu dilakukan berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pada Ahad.
Op Bersepadu dilakukan berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pada Ahad.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, operasi bermula jam 7 pagi itu mengeluarkan 28 saman atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, sebanyak 16 kes melibatkan nombor plat kabur atau fancy, masing-masing tiga kes membabitkan tiada lesen memandu dan ubah suai ekzos, satu kes bagi kesalahan lesen tamat tempoh dan tidak pamer pelekar L serta lain-lain kesalahan.

"Operasi ini telah bertindak memeriksa 80 kenderaan membabitkan 44 kereta dan 36 motosikal," katanya pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohd Nasri, pihak JPJ telah mengeluarkan 18 notis saman termasuk 16 kenderaan diarah periksa.

Jelas beliau, objektif operasi sebagai advokasi kepada pengguna jalan raya tentang keutamaan keselamatan semasa menggunakan lebuh raya.

"Kita mahu memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang termasuk kenderaan yang digunakan mengikut spesifikasi yang betul berikutan banyak aduan awam diterima di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur," ujarnya.

Kata beliau, tindakan penguatkuasaan diambil hanya kepada yang ingkar dan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain seperti kenderaan diubah suai dan spesifikasi kenderaan tidak lengkap.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Lawan arus di lebuh raya lari sekatan jalan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #JalanRaya #SekatanJalan #LawanArus #Motosikal #Penunggang #Keselamatan

Requiem for a Tower Mvt. IV (feat. Daniel J Nielsen) - Corner Stone Cues