Tiga wanita Myanmar dicekup ketika seberang Sungai Golok

Tiga wanita warga Myanmar dicekup oleh Briged Kelapan Infantri Malaysia semasa menyeberangi Sungai Golok di Pasir Mas pada Isnin.
Tiga wanita warga Myanmar dicekup oleh Briged Kelapan Infantri Malaysia semasa menyeberangi Sungai Golok di Pasir Mas pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga wanita warga Myanmar dicekup oleh Briged Kelapan Infantri Malaysia semasa menyeberangi Sungai Golok dekat sini pada Isnin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) itu berusia 20 hingga 36 tahun.

"Perbuatan tersebut disedari oleh pasukan beroperasi pada jam 8 malam di sempadan Malaysia-Thailand.

"Turut dirampas adalah tiga buah telefon bimbit, wang dalam mata wang Malaysia dan Thailand dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM1,033.97," katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua tahanan dan barang rampasan diserahkan kepada Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: