Harga emas dijangka cecah AS$2,500 setiap auns troy tahun ini

ermintaan fizikal yang agak kukuh dari China secara umumnya pada awal tahun menjadi faktor utama yang mengukuhkan asas pasaran. Foto hiasan
ermintaan fizikal yang agak kukuh dari China secara umumnya pada awal tahun menjadi faktor utama yang mengukuhkan asas pasaran. Foto hiasan
A
A
A

HARGA emas dijangka mencecah sehingga AS$2,500 setiap auns troy (AS$1=RM4.71) tahun ini, dipacu sebahagiannya oleh permintaan yang kukuh dari China, ketidaktentuan geopolitik dan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.

Pakar strategi logam berharga UBS Investment Bank Joni Teves berkata, permintaan fizikal yang agak kukuh dari China secara umumnya pada awal tahun menjadi faktor utama yang mengukuhkan asas pasaran.

"Terdapat gabungan faktor yang menyokong harga emas lebih tinggi.

"Kami fikir emas akan terus mencapai paras tertinggi baharunya pada suku akan datang. Memandangkan emas mencecah AS$2,450 setiap auns troy minggu ini, ia mungkin mampu mencecah sehingga AS$2,500 (setiap auns troy) dan kami percaya dengan jangkaan asas kami, risikonya semakin cenderung meningkat," katanya.

Teves berkata demikian semasa taklimat media maya tentang "Siri Taklimat Media Persidangan Pelaburan Asia UBS: Minyak dan Emas -- Adakah harga akan kekal dinaikkan?” hari ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 23 Mei, harga emas fizikal berada pada AS$2,357.35 setiap auns troy.

Sementara itu, Teves berkata UBS House melihat Fed mungkin mula menurunkan kadar pada September.

"Untuk tahun ini dan ke 2025, kami menurunkan harga dua kali, (yang saya percaya akan dilakukan pada kebanyakan mesyuarat tahun depan kecuali untuk mesyuarat November).

Artikel Berkaitan:

"Dari segi harga emas dalam tempoh terdekat, saya melihat dinamik jelas minat pembeli yang kukuh, dan oleh itu, pasaran akan disokong dengan baik dalam jangka masa panjang. Justeru, saya menjangkakan trend emas mencecah paras tertinggi dan paras terendah akan berterusan," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!