Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 mengukuh kepada AS$5,021.90 setiap auns troy daripada AS$4,977.30 setiap auns troy pada Jumaat lepas. Mac 2026 meningkat kepada AS$5,038.90 daripada AS$4,994.30 setiap auns troy, manakala April dan Mei menokok kepada AS$5,056.50 setiap auns troy daripada AS$5,011.90 setiap auns troy.
Kontrak Jun dan Ogos juga bertambah baik, ditutup pada AS$5,090.40 setiap auns troy, meningkat daripada AS$5,045.80 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot daripada enam lot pada Jumaat lepas dan kepentingan terbuka menokok kepada 98 kontrak daripada 91 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$4,994.95 setiap auns troy mengikut penetapan Persatuan Pasaran Jongkong London pada 13 Februari, 2026.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 17 Februari, 2026 (Selasa) dan 18 Febrauri, 2026 (Rabu) bersempena dengan cuti umum Tahun Baharu Cina, dan akan kembali beroperasi pada 19 Februari, 2026 (Khamis). - Bernama
Ringkasan AI
- NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat berikutan dolar AS yang lebih lemah
- Harga kontrak emas untuk bulan Februari 2026 mengukuh kepada AS$5,021.90 setiap auns troy
- Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot dari enam lot
- Kepentingan terbuka meningkat kepada 98 kontrak dari 91 kontrak
- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup sempena cuti umum Tahun Baharu Cina dan kembali beroperasi pada 19 Februari 2026
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
