X

Kindly register in order to view this article
!

Terpesona dengan gesekan biola Dr Siti Hasmah

Dr Siti Hasmah
Dr Siti Hasmah mempersembahkan gesekan biola empat buah lagu iaitu Hati Ke Hati, Epilog Cinta, Gubahanku dan Getaran Jiwa yang turut dimeriahkan dengan kehadiran 110 pelajar dari lima sekolah rendah dan dua sekolah menengah sekitar Langkawi pada Program 'Bonda Unplugged Live' di Galeria Perdana di sini semalam. - FOTO: BERNAMA
A
A

LANGKAWI - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam mempersona pengunjung menerusi gesekan biola pada program 'Bonda Unplugged Live' di Galeria Perdana.

Penampilan istimewa isteri Perdana Menteri itu menyaksikan beliau mempersembahkan gesekan biola empat buah lagu iaitu ‘Hati Ke Hati’, ‘Epilog Cinta’, ‘Gubahanku’ dan ‘Getaran Jiwa’ pada slot pertama persembahan.

Dr Siti Hasmah kemudian meneruskan persembahan gesekan biola empat lagu kanak-kanak iaitu ‘Rasa Sayang’, ‘Lompat Si Katak Lompat’, ‘Chan Mali Chan’ dan ‘Geylang Si Paku Geylang’.

Persembahan itu diiringi oleh tujuh anggota pancaragam 'Eagle Cop's Band' Ibu pejabat Polis Daerah Langkawi diketuai oleh Inspektor Syed Muhammad Izzuddin Syed Salehhuddin.

Turut hadir Pegawai Tadbir Galeria Perdana Mohamad Najib Adnan dan Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim.

Program itu merupakan kerjasama Galeria Perdana, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi.

Bonda Unplugged Live turut dimeriahkan dengan kehadiran 110 pelajar dari lima sekolah rendah dan dua sekolah menengah di sekitar Langkawi. - Bernama