PBAKL 2024: Grup Buku Karangkraf perkenal lima novel baharu

Siti Rahmah bersama buku terbitan terbaharu Grup Buku Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Siti Rahmah bersama buku terbitan terbaharu Grup Buku Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR – Grup Buku Karangkraf Berhad memperkenalkan lima novel terbaharu terbitannya pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) bermula 24 Mei hingga 2 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunannya, Siti Rahmah Mokhtarudin berkata, tiga daripada lima novel berkenaan bergenrekan Karangkraf Literature (K-Lit).

“K-Lit ialah genre novel yang ditulis mengikut acuan drama Korea dari segi teknikal namun mempunyai ciri-ciri Malaysia seperti kebudayaan, makanan, gaya hidup dan menampilkan bidang kerjaya tertentu yang informatif.

Pengurus R&D Grup Buku Karangkraf, Azzah Abdul Rahman dan Siti Rahmah bersama lapan buah buku yang tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles For International Rights 2023/2024. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurutnya, isu-isu yang dibawa dalam K-Lit ialah universal namun latar ceritanya lokal.

“Antara judul novel K-Lit baharu terbitan Grup Buku Karangkraf ialah Bangkit - Suri Mawarne; Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong - Hwang Bo-Reum dan Takhta Mayaloka- Eiffelynne.

Selain itu, dua lagi novel lain berjudul Maha luas - Asma Nadia dan Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku - Asma Nadia/ Helvy Tiana Rosa juga tidak kurang hebatnya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai turut mendapatkan al-Quran di reruai Karangkraf PABKL 2024 di WTCKL, di sini pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Orang ramai turut mendapatkan al-Quran di reruai Karangkraf PABKL 2024 di WTCKL, di sini pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Antara novel yang dijangka mendapat sambutan ialah ‘Bangkit’ yang mengisahkan Izat yang berjawatan sebagai pengurus projek telah pulang ke kampung dan menjadi pekebun pisang. Namun begitu, kisah lalu tidak berhenti menghantuinya.

"Lari daripada politik pejabat yang memualkan, Izzat tetap tidak menemui ketenangan yang dicari. Politik kebun pisang juga kejam dan sama menyakitkan sehingga menyebabkan Izzat sedar dia perlu bangkit untuk melawan,” kata Siti Rahmah.

Reruai Karangkraf menjadi tumpuan peminat buku seawal jam 10 pagi. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Reruai Karangkraf menjadi tumpuan peminat buku seawal jam 10 pagi. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Siti Rahmah berkata, semua judul buku berkenaan boleh diperoleh menerusi reruai Karangkraf yang dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dalam pada itu, Karangkraf Sdn Bhd juga turut mencipta sejarahnya tersendiri apabila lapan buku terbitannya tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles For International Rights 2023/2024.

“Lima buah buku cerita klasik kanak-kanak yang diberi nafas baru antaranya Badang, Batu Belah Batu Bertangkup, Pak Kadok, Mat jenin dan Si Tanggang telah terpilih.

“Malah tiga novel lain seperti Skuad Taring Nusa – Muhaymin Wahab; Ekspres Jupiter - Riley Fizan dan Senaskah Hidup – Azzah AR turut meraih perhatian,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!