Tonggak skuad bola sepak pekak negara nikah guna bahasa isyarat

Aqif Ikhwan segak mengenakan persalinan baju Melayu serba putih melafazkan akad nikah menggunakan bahasa isyarat.
Aqif Ikhwan segak mengenakan persalinan baju Melayu serba putih melafazkan akad nikah menggunakan bahasa isyarat.
A
A
A

KELAINAN upaya tidak menghalang penyatuan cinta tonggak utama skuad bola sepak pekak negara, Muhammad Aqif Ikhwan Muhammad Syafiq Maathie dan Nurul Hafizah Ardi apabila kedua-duanya diijabkabulkan dalam satu majlis di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Pemain pertahanan Deaf Tigers itu yang segak mengenakan persalinan baju Melayu serba putih melafazkan akad nikah menggunakan bahasa isyarat dengan bantuan jurubahasa isyarat, Mohamad Nazrul Azwa.

Majlis ringkas namun penuh bermakna itu berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban dan turut dihadiri keluarga kedua-dua mempelai serta disaksikan kenalan rapat.

Aqif Ikhwan menggunakan bahasa isyarat sebagai ganti lafaz akad nikah yang diterjemahkan Mohamad Nazrul (dua kiri) dalam satu majlis di Pejabat Agama Daerah Seremban pada Jumaat.
Aqif Ikhwan menggunakan bahasa isyarat sebagai ganti lafaz akad nikah yang diterjemahkan Mohamad Nazrul (dua kiri) dalam satu majlis di Pejabat Agama Daerah Seremban pada Jumaat.

Difahamkan, Nurul Hafizah juga orang kelainan upaya pekak.

Video pernikahan kedua-dua pasangan istimewa itu turut dimuat naik di platform media sosial dan meraih perhatian serta ucapan tahniah daripada netizen.

Pada permulaan video tersebut, Aqif Ikhwan dilihat menggunakan bahasa isyarat sebagai ganti lafaz akad nikah yang diterjemahkan Mohamad Nazrul.

Sebagai rekod, Aqif Ikhwan membuat penampilan pertama bersama skuad bola sepak pekak kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa menentang Taiwan pada 2015.

Artikel Berkaitan:

Aqif Ikhwan melancarkan serangan ke kawasan Mesir dalam Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC).
Aqif Ikhwan melancarkan serangan ke kawasan Mesir dalam Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC).

Aqif Ikwan juga antara pemain yang disenaraikan ketua jurulatih Deaf Tigers, Muhamad Haris Lajid dalam Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC) ke-4 yang berlangsung di Cheras tahun lalu.

Aqif Ikhwan (tengah) ketika beraksi menentang Amerika Syarikat dalam Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC).
Aqif Ikhwan (tengah) ketika beraksi menentang Amerika Syarikat dalam Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC).

Pada Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN 2016, Aqif Ikhwan turut beraksi cemerlang dengan menyumbang satu gol ketika skuad negara membelasah Vietnam 4-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!