X

Kindly register in order to view this article
!

Pelampau Yahudi serang rumah penduduk Palestin

Sekumpulan pelampau Yahudi yang diiringi tentera Israel melakukan provokasi terhadap penduduk Palestin di al-Khalil.
A
A

RAMALLAH - Sekumpulan lelaki Yahudi yang diiringi tentera Israel melakukan provokasi melampau ke atas penduduk Palestin di al-Khalil, Tebing Barat semalam.

Menurut sumber tempatan, kumpulan dari penempatan haram Kiryat Arba itu menyasarkan beberapa rumah penduduk di kawasan kejiranan Jaber.

Tambah sumber itu lagi, pendatang terbabit turut membawa senjata api bagi menakut-nakutkan penduduk tempatan.

"Mereka membaling batu dan botol ke arah rumah penduduk Palestin.

"Situasi itu mencetuskan panik dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

"Mereka turut melaungkan penghinaan berbaur perkauman dan ugutan bunuh," katanya.

Selain menyerang rumah penduduk, pelampau Yahudi turut menyasarkan petani dan penggembala Palestin dalam usaha mengusir mereka keluar dari wilayah tersebut. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!