Tiga tentera Israel maut ditembak

Tiga anggota tentera Israel terbunuh berhampiran sempadan Mesir. - Agensi
Tiga anggota tentera Israel terbunuh berhampiran sempadan Mesir. - Agensi
A
A
A

BAITULMAQDIS - Tiga anggota tentera Israel terbunuh dalam satu insiden tembakan jarang berlaku di sempadan Mesir pada Sabtu, sehingga mencetuskan pemburuan penyerang tersebut.

Bagaimanapun, anggota tentera yang keempat hanya mengalami cedera ringan dan dipindahkan ke hospital.

Pada mulanya, pihak tentera enggan mengesahkan laporan media mengenai dua kematian sebelum itu yang berlaku awal pagi.

Menurut kenyataan tentera, kedua-dua askar iaitu seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh selepas ditembak 'secara langsung' berhampiran sempadan.

Tembakan itu mencetuskan pemburuan di kawasan sempadan di mana askar ketiga dan penyerang turut terbunuh.

Bagaimanapun, tentera tidak mengeluarkan maklumat terperinci mengenai identiti anggotanya dan penyerang yang terbunuh itu serta motif kejadian. - AFP