PM Thailand tunjuk bakat main saksofon

Persembahan beliau meraih sorakan dan tepukan gemuruh para hadirin. - Foto Agensi
Persembahan beliau meraih sorakan dan tepukan gemuruh para hadirin. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mencuri perhatian apabila bermain saksofon pada majlis resepsi kerajaan yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu di Bangkok pada Jumaat bagi meraikan pemimpin kewangan antarabangsa menerusi persembahan muzik dan mesej mengenai peluang ekonomi yang ditawarkan oleh makanan, budaya serta layanan mesra di negara itu.

Jurucakap kerajaan, Ekkapob Pianpises berkata, Anutin mempengerusikan majlis resepsi itu yang berlangsung di One Bangkok Forum, daerah Pathum Wan.

Majlis berkenaan diadakan ketika Bangkok menjadi tuan rumah Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2026.

Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Thailand, Ekniti Nitithanprapas; Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dan Presiden Kumpulan Bank Dunia, Ajay Banga selain menteri, eksekutif kanan, perwakilan antarabangsa dan wakil sektor awam serta swasta.

Menurut Anutin, Thailand berbesar hati menyambut semula delegasi asing selepas kali terakhir menjadi tuan rumah mesyuarat IMF-Bank Dunia itu 35 tahun lalu.

"Saya berharap para peserta pulang dengan hasil perbincangan yang bermanfaat berserta kenangan manis tentang Thailand dan rakyat kami. Persahabatan dan kerjasama erat yang terjalin sepanjang mesyuarat itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang," ujarnya yang membuat persembahan saksofon selepas berucap dan disambut tepukan gemuruh para hadirin. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!