Pengasas 'Gerakan Lipas' ditahan menjelang protes di New Delhi

Dipke pernah diserbu pihak berkuasa sejurus pesawat dinaikinya mendarat di New Delhi pada 10 Oktober lalu. - Foto Agensi
Dipke pernah diserbu pihak berkuasa sejurus pesawat dinaikinya mendarat di New Delhi pada 10 Oktober lalu. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Pengasas 'Gerakan Lipas', Abhijeet Dipke diberkas, sehari selepas penahanannya menjelang perhimpunan di New Delhi yang turut menarik penyertaan ratusan penyokong parti itu, menurut laporan beberapa rangkaian media pada Sabtu.

Tindakan itu diambil atas alasan bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam dan beliau akan dibawa menghadap majistret eksekutif khas.

Sebelum ini, Dipke menggesa orang ramai menyertai protes pada Jumaat sebagai tanda sokongan terhadap dua pemimpin Parti Janata Lipas (CJP) yang ditahan dan dipenjarakan selama lima hari pada minggu ini kerana mengadakan demonstrasi di kawasan yang dilarang untuk sebarang perhimpunan.

CJP yang diterajui golongan muda, kumpulan pembangkang dan organisasi pelajar mengadakan protes hampir setiap hari sepanjang Oktober bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya, Gyanesh Kumar meletakkan jawatan berhubung penyemakan semula daftar pemilih yang didakwa menguntungkan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Lebih 130 juta pengundi digugurkan daripada daftar pemilih dalam proses semakan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan memihak kepada mana-mana parti dan menjelaskan bahawa pengundi yang digugurkan secara tidak sengaja boleh mendaftar semula.

BJP pula menuduh pihak lawan cuba melemahkan demokrasi dengan mempertikaikan proses pilihan raya yang sah secara tidak berasas. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!