Kupang Port Dickson dibenar jual jika DOF umum selamat dimakan

Laporan Sinar Harian berkenaan kes kupang beracun di Port Dickson.
Laporan Sinar Harian berkenaan kes kupang beracun di Port Dickson.
A
A
A

PORT DICKSON - Pengeluaran kupang di perairan Port Dickson hanya dibenarkan selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Perikanan (DOF) yang ia benar-benar selamat.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, meskipun sampel kelapan kupang yang diambil menunjukkan kandungan biotoksin berada pada paras di bawah 800 per bilion (ppb) iaitu had pengambilan selamat untuk manusia, namun ia bukan bermakna pengusaha sudah boleh menjualnya.

"Saya minta pengusaha bersabar dahulu sehingga DOF pastikan ia benar-benar selamat. Saya percaya sedikit masa lagi kita boleh makan kupang Port Dickson semula.

"Sampel kesembilan telah pun diambil dan kita nak pastikan bacaan rendah itu terus konsisten sebelum umumkan yang ia sudah selamat dengan turut mengambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan," katanya dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ujian makmal terkini yang dilakukan mendapati kupang di perairan pantai Port Dickson mempunyai kandungan biotoksin sebanyak 498 ppb.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama kandungan biotoksin di bawah 800 ppb setelah hampir lapan sampel diambil sebelum ini.

Sementara itu, Kasim berkata, penternak kupang diminta membuat pendaftaran lesen dengan jabatan itu bagi membolehkan mereka menikmati segala bentuk bantuan disediakan kerajaan.

Ujarnya, beliau mendapati penternak kurang cakna soal lesen kerana beranggapan ia tiada keperluan memandangkan mereka sudah mempunyai lesen nelayan.

Artikel Berkaitan:

"Lesen nelayan dan lesen ternakan kupang adalah berbeza. Jadi kita minta penternak supaya mohon lesen supaya kita mempunyai data pendaratan kupang sebenar dan mereka juga boleh mohon bantuan dari kerajaan bukan saja ketika bencana, tapi juga bentuk bantuan lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!