Penternak di NS, Melaka masih belum dibenar pasarkan kupang - DOF

Adnan
Adnan
A
A
A

PUTRAJAYA - Penternak di Negeri Sembilan dan Melaka masih lagi tidak dibenarkan untuk memasarkan kupang seperti mana arahan sebelum ini.

Tegas Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF), Datuk Adnan Hussain, ia berikutan laporan analisis daripada dua makmal mendapati kandungan biotoksin masih tinggi dan tidak selamat untuk dimakan.

"DOF bersama Persatuan Nelayan Negeri Sembilan masih giat menjalankan pemantauan setiap minggu bermula 2 April 2024 dan verifikasi dijalankan selama tiga hari iaitu pada bermula pada 26 sehingga 28 April," katanya menerusi sidang akhbar, di sini pada Selasa.

Menurutnya, DOF menjangkakan situasi itu akan berlanjutan disebabkan faktor cuaca panas dan tiupan angin yang membawa alga merbahaya dari kawasan pantai ke kawasan ternakan.

"Kita nasihati nelayan dan penternak agar tidak melakukan penjualan kupang kerana ia merbahaya kepada pengguna," jelas beliau.

Adnan juga menasihati agar orang ramai tidak memakan kupang atau cengkerang yang tidak diketahui statusnya.

"Jangan makan, jangan kutip cengkerang liar kerana dikhuatiri tidak selamat," katanya.

Ditanya bilakah tempoh kadar bacaan biotoksin kembali selamat, Adnan berkata kebiasaannya ia memakan masa selama sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi kali ini, kandungan biotoksin yang terhasil daripada alga alexandrium masih tinggi," katanya.

Awal bulan ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan seorang mangsa keracunan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson.

Susulan itu, DOF mengesahkan kupang di perairan Port Dickson tercemar dan tidak selamat untuk dimakan selepas analisis dijalankan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!