Setiap RM1 cukai, 16 sen kena bayar faedah hutang

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan perlu membayar sebanyak 16 sen faedah hutang untuk setiap RM1 pungutan cukai negara yang dikutip untuk tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kiraan tersebut bagaimanapun belum mengambil kira lagi soal pokok atau prinsipal pungutan hutang.

Ujar beliau, itu adalah kenyataan yang dihadapi negara dan cuba dipadamkan oleh sesetengah pihak tertentu.

“Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang.

“Paras hutang kini mencecah RM1.2 trilion atau 64.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika termasuk liabiliti lain, ia mencecah RM1.5 trilion atau lebih 80 peratus KDNK.

“Timbunan hutang hanya membazir wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang,” katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di saluran media tempatan pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam usaha menambah baik pengurusan negara, kerajaan melaksanakan reformasi fiskal melalui penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA).

“Sasaran FRA adalah untuk menurunkan paras hutang untuk tidak melebihi 60 peratus KDNK dan defisit fiskal tiga peratus dalam jangka masa sederhana.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan juga mula memperluas asas hasil melalui reformasi percukaian. Cukai diperkenalkan tidak membebankan dan bersifat progresif, yakni dikenakan mengikut pendapatan supaya rakyat susah tidak dikenakan cukai yang sama dengan golongan kaya,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!