Kelantan gesa kerajaan pinda Perlembagaan bagi pertahan undang-undang Islam

Mohd Asri
Mohd Asri
A
A
A
KOTA BHARU - Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah (KONSIS 2024) menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pindaan terhadap Preclusion Clause (Klausa Pengecualian) di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkait senarai negeri.

Pengarahnya, Mohd Asri Mat Daud berkata, hal ini bertujuan mempertahankan bidang kuasa negeri untuk menggubal Undang-undang Syariah.

"KONSIS 2024 turut menyeru Kerajaan Persekutuan merangka pelan tindakan mengarusperdanakan Undang-undang Syariah bagi memelihara Maqasid Syariah.

"Ini merupakan resolusi hasil penganjuran KONSIS 2024," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, KONSIS turut menggesa semua pihak menghormati aspirasi rakyat Kelantan yang memberi mandat kepada kerajaan negeri untuk berpegang teguh kepada Islam dan adat istiadat Melayu dalam mengamalkan syariah menurut bidang kuasa dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan.

Katanya, resolusi itu turut menerima sistem perundangan Malaysia sedia ada melalui dualisme perundangan Syariah dan Sivil dengan mengiktiraf Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Islam ialah agama bagi Persekutuan dan Jadual 9, Senarai II, bidang kuasa negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam.

"Pada masa sama, mengekalkan iltizam ke arah pemantapan perlaksanaan perundangan Syariah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta memelihara keharmonian masyarakat," katanya.

Mohd Asri memberitahu, KONSIS 2024 turut bersetuju menggerakkan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Syariah secara komprehensif bagi menjayakan penggubalan semula 16 seksyen yang telah terbatal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keputusan itu selari dengan usul yang diluluskan dalam Sidang Dewan Negeri Kelantan yang bersidang pada 7 Mac lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!