Gelombang haba: Sekolah di Punjab, Pakistan ditutup tujuh hari

Sukarelawan mengedarkan air minuman kepada orang ramai di tepi jalan di Karachi, Pakistan. Jabatan Meteorologi Pakistan mengeluarkan amaran untuk gelombang panas yang berterusan di kebanyakan bahagian negara. Foto EPA

A
A
A

ISLAMABAD - Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga 31 Mei, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.

"Bagaimanapun, sekolah-sekolah dibenarkan untuk meneruskankan peperiksaan seperti yang dijadualkan, dengan langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar," kata jabatan pendidikan sekolah Punjab dalam satu pemberitahuan.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) pada minggu lepas berkata, berikutan kehadiran tekanan tinggi di bahagian atas atmosfera, keadaan gelombang haba berkemungkinan berkembang di kebanyakan bahagian negara, terutamanya di Punjab dan wilayah selatan Sindh mulai 21 Mei.

Keadaan itu dijangka berubah menjadi gelombang haba yang teruk pada 23-27 Mei.

PMD turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan menggunakan air secara berhemah dalam semua aspek kehidupan.

Keadaan kering dan gelombang haba yang melampau boleh mencetuskan kebakaran belukar dan hutan di kawasan-kawasan terdedah di Punjab dan bahagian lain di negara Asia Selatan itu. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!