Enam perkara utama penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Enam perkara utama perlu diberi penekanan kerajaan di dalam merangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Kementerian Sumber Asli (KESUMA) menerusi kenyataan memaklumkan enam perkara utama itu meliputi perundangan yang terlibat (akta baharu), mekanisme kilanan, struktur dan fungsi suruhanjaya, implikasi kewangan, penentuan kadar upah, perlindungan sosial dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menjaga kebajikan pekerja gig.

Turut merangkumi adalah pangkalan data bersepadu bagi pendaftaran pekerja gig dan penyedia platform.

"Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig ini membolehkan satu saluran formal diwujudkan bagi mengendalikan isu-isu pekerja seperti aduan kilanan berkaitan manipulasi platform kepada pekerja penentuan kadar upah dan perkara-perkara lain yang berkaitan," kata kementerian itu dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar KESUMA, Menterinya Steven Sim Chee Keong bersama pasukan perunding dari Universiti Malay telah bermesyuarat pada 14 Mei lalu.

"Laporan Interim akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun manakala laporan akhir akan pada Ogos kelak," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada Mac lalu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig itu bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!