Pendidikan seksual perlu diberi penerangan secara berkala

Dr Geshina Ayu (kanan) ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Dr Geshina Ayu (kanan) ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendidikan seksual seperti pengetahuan mengenai sentuhan selamat dan tidak, perlu diberikan penerangan secara berkala kepada golongan kanak-kanak.

Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat berkata, ini kerana pendidikan sangat penting dalam memastikan golongan itu mengetahui setiap batasan sentuhan.

"Maklumat dan ilmu ini lebih baik disampaikan secara kerap dan janganlah pula beritahu hanya ketika kanak-kanak itu mahu masuk sekolah, cakap sekali mana nak ingat. Bukan sahaja kanak-kanak bapa pun kena diperingatkan tingkah laku sebegitu tidak senonoh.

"Isu berbangkit berkaitan pendidikan, paling utama adalah komunikasi termasuk tidak tahu perkataan yang perlu digunakan. Kadang-kadang ibu menggunakan bahasa kiasan menyebabkan kanak-kanak tidak faham apabila berlaku perkara tidak diingini, mereka sukar untuk cerita, tiada ayat sesuai malah malu berkongsi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari dan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Norfidah Muhamad Dan.

Tambah Geshina Ayu, kadang-kadang golongan kanak-kanak tidak mengetahui perbuatan pelaku adalah satu jenayah dan hanya menyifatkan sebagai gurauan.

"Apabila berlaku perbuatan seksual mereka ingat itu cara abang, bapa atau datuk menunjukkan kasih sayang. Sebab itu saya kata penting maklumat dan bagaimana ia disampaikan kepada kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

"Sememangnya berlaku insiden sentuh bahagian sulit, ada kes perlakuan dilakukan secara terang dan tersembunyi," ujarnya.

Beliau turut berkongsi kajian dalam dan luar negara yang menunjukkan statistik bahawa dalam lingkungan 24 hingga 26 peratus sahaja jenayah seksual dilaporkan.

"Bererti 70 kes masih belum dilaporkan,kalau angka 241 kes bermakna di luar sana masih ramai lagi yang jadi mangsa seksual," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!