Taktik tanda bubu naga guna bendera, botol tak menjadi

Pasukan bot ronda Maritim menemui bendera berwarna merah dan putih serta botol minuman yang dijadikan pelampung diikat pada pencang kayu di lokasi terbabit.
Pasukan bot ronda Maritim menemui bendera berwarna merah dan putih serta botol minuman yang dijadikan pelampung diikat pada pencang kayu di lokasi terbabit.
A
A
A

LUMUT - Taktik sekumpulan individu memasang bendera dan botol sebagai penanda tidak menjadi apabila 61 set bubu naga berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam dua operasi di perairan Perak pada Ahad dan Isnin.

Kesemua bubu naga yang dipasang di sekitar 1.8 batu nautika dari barat daya Pulau Talang dan 1.6 batu nautika dari barat Pantai Remis itu dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim ketika melaksanakan rondaan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pasukan berkenaan menemui bendera berwarna merah dan putih serta botol minuman yang dijadikan pelampung diikat pada pencang kayu di lokasi terbabit.

"Curiga dengan keadaan itu, tinjauan secara dekat dilakukan dan mendapati bendera terapung di permukaan air itu adalah penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh kumpulan tidak bertanggungjawab.

Sebanyak 61 set bubu naga dirampas Maritim dalam dua operasi berasingan di perairan Perak pada Ahad dan Isnin.
Sebanyak 61 set bubu naga dirampas Maritim dalam dua operasi berasingan di perairan Perak pada Ahad dan Isnin.

"Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih RM4,000 itu dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, dalam kes itu, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai terutamanya komuniti maritim boleh terus berkongsi maklumat atas sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!