[VIDEO] Parti liar dalam tren, KTM perlu beri penjelasan - UMNO Kedah

A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu tampil memberi penjelasan berhubung penganjuran parti liar persendirian dalam koc miliknya yang didakwa kali pertama di Asia Tenggara.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu dikatakan tidak selari dengan adat kesopanan dan budaya timur masyarakat Malaysia.

Menurutnya, tindakan itu dikatakan tidak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam Melayu.

"Sangat mengecewakan apabila nama sahaja kereta api Tanah Melayu, tetapi membenarkan parti liar yang penuh dengan arak dan perbuatan yang tidak senonoh. Apakah mesej yang KTM cuba sampaikan kepada rakyat bahawa kami sudah tidak Melayu?

"Itu belum lagi kecoh apabila dikatakan surau juga antara lokasi parti tersebut. Ini sudah melampau! Tempat yang sepatutnya suci dan bersih dibenarkan untuk pengunaan kasut, parti games dan arak," dakwanya.

Tangkap layar mengenai penganjuran parti di dalam koc tren KTMB yang tular media sosial.
Tangkap layar mengenai penganjuran parti di dalam koc tren KTMB yang tular media sosial.

Jelas beliau, penjelasan perlu diberikan berhubung bagaimana KTM boleh terlepas dalam perkara seperti itu.

"Sekalipun KTM memang sudah membenarkan penyewaan koc untuk tujuan peribadi, tetapi perlulah meletakkan syarat yang ketat demi tidak mencemarkan imej dan nama KTM sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung penganjuran parti persendirian dalam koc KTM yang dikatakan merupakan kali pertama parti tren seperti terbabit diadakan di Asia Tenggara.

Parti 'Pinkesh' yang diadakan itu secara terang terangan menunjukkan tetamu dihidangkan dengan minuman keras dan pelbagai makanan yang tidak sinonim langsung dengan budaya dan adat rakyat Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!