[VIDEO] Penganggur didakwa mengedar dadah

A
A
A

IPOH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram (kg) dadah pada Isnin.

Tertuduh, A Nathan, 48, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 9,200 gram di kawasan sekitar bangunan pasar raya di Medan Stesen 19/9, Taman Pengkalan Jaya sekitar jam 1.15 petang pada 13 Mei lalu.

Nathan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin, Isnin lalu.
Nathan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin, Isnin lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media melaporkan tertuduh ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh bersama beg galas yang mengandungi 20 bungkusan plastik yang dipercayai heroin.

Dadah yang dirampas itu disyaki untuk edaran pasaran tempatan dan boleh digunakan kira-kira12,000 penagih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!