Ariana Grande, Dua Lipa sokong gencatan senjata

Ariana Grande (kiri) dan Dua Lipa sokong gencatan senjata ke atas rakyat Palestin selepas menandatangani surat Artists4Ceasefire kepada Joe Biden.
Ariana Grande (kiri) dan Dua Lipa sokong gencatan senjata ke atas rakyat Palestin selepas menandatangani surat Artists4Ceasefire kepada Joe Biden.
A
A
A

BEBERAPA selebriti terkenal dunia termasuk Ariana Grande dan Dua Lipa telah menyokong gencatan senjata ke atas rakyat Palestin selepas menandatangani surat Artists4Ceasefire kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Perkara itu didedahkan organisasi Artists4Ceasefire yang memaklumkan sekumpulan artis dan penyokong yang telah berkumpul sebagai tindak balas kepada krisis kemanusiaan yang berlaku di Israel dan Palestin.

Menerusi laporan The Express Tribune, antara nama lain yang menandatangani surat itu adalah penyanyi Drake; model berketurunan Palestin, Bella Hadid dan Gigi Hadid; pelakon Andrew Garfield, Ben Affleck, Bradley Cooper, Channing Tatum, Florence Pugh, Frank Ocean, Jennifer Lopez, Jeremy Allen White, Joaquin Phoenix, Macklemore, Rachel McAdams, Tom Hardy serta Zayn Malik.

Mereka menyeru agar gencatan senjata segera dan berkekalan, pemulangan tebusan dengan selamat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza dan Rafah.

Antara inti pati lain dalam surat itu kepada Presiden Amerika Syarikat itu adalah;

“Kami berkumpul sebagai artis dan peguam bela tetapi yang paling penting sebagai manusia yang menyaksikan kehilangan nyawa yang dahsyat dan kengerian yang berlaku di Palestin.

"Kami meminta, sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Kongres AS menyeru agar gencatan senjata di Gaza dan Israel sebelum satu lagi nyawa terkorban.

"Lebih daripada 30,000 orang telah terbunuh dalam tempoh 5 bulan yang lalu dan lebih 69,000 cedera – angka yang mana orang berhati nurani tahu ia adalah malapetaka.

Artikel Berkaitan:

"Kami percaya semua kehidupan adalah suci, tidak kira agama atau etnik dan kami mengutuk pembunuhan orang awam Palestin dan Israel.

"Separuh daripada dua juta penduduk Gaza adalah kanak-kanak, lebih daripada dua pertiga adalah pelarian dan mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka.

"Bantuan kemanusiaan mesti dibenarkan sampai kepada mereka.”

Bagaimanapun beberapa selebriti seperti Kim Kardashian, Taylor Swift dan Justin Bieber telah menghadapi kritikan kerana tidak menyokong perjuangan itu.

Ini telah membawa kepada pergerakan media sosial dipanggil 'blockout2024,' bertujuan menyekat selebriti yang gagal menggunakan populariti mereka untuk bersuara mengenai Palestin.

Kim Kardashian dilaporkan kehilangan lebih 50,000 pengikut dalam tempoh dua jam pergerakan bermula.

Israel telah membunuh lebih 35,000 rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 77,000 sejak serangan Hamas 7 Oktober 2023 serta mengambil kira-kira 250 tebusan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!