Australia mahu gencatan senjata kekal di Gaza

Penny Wong. Foto AFP
Penny Wong. Foto AFP
A
A
A

CANBERRA - Menteri Luar Australia, Penny Wong menyuarakan sokongan terhadap gencatan senjata kekal untuk konflik di Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Pendirian kami ialah kami mahu melihat gencatan senjata yang mampan dan kami melihat gencatan senjata kemanusiaan antarabangsa, gencatan senjata kemanusiaan segera, sebagai langkah ke arah itu," kata Penny pada Isnin sebelum berlepas ke Israel dan Jordan, Tebing Barat dan Emiriah Arab Bersatu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan gencatan senjata itu tidak boleh memihak kepada hanya satu pihak dan dilaksanakan tanpa syarat.

Penny juga menggesa kepada akses selamat, tanpa halangan dan kekal untuk bantuan kemanusiaan dan perlindungan yang lebih baik untuk orang awam di Semenanjung Gaza.

Beliau juga mahu menggunakan lawatannya ke rantau berkenaan untuk berkempen bagi penyelesaian konflik semasa dan keamanan berkekalan dalam bentuk penyelesaian dua negara. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan: