Padah guna lorong khas, 21 pemandu kena kompaun

Tindakan Khas Lalulintas (Lorong Bas dan Teksi) dijalankan menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
Tindakan Khas Lalulintas (Lorong Bas dan Teksi) dijalankan menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 21 notis kompaun terhadap pemandu kenderaan dikesan melakukan kesalahan menggunakan lorong khas disediakan bagi kegunaan bas dan teksi di ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, Tindakan Khas Lalulintas (Lorong Bas dan Teksi) menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan itu dijalankan di Jalan Ampang pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, operasi tindakan khas terbabit dilaksanakan di laluan utama sekitar ibu negara dan DBKL membuat pemeriksaan serta mengeluarkan 21 notis kompaun terhadap pemandu kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan.

Operasi secara berkala akan dijalankan DBKL di lokasi tumpuan di sekitar ibu negara dari semasa ke semasa.
Operasi secara berkala akan dijalankan DBKL di lokasi tumpuan di sekitar ibu negara dari semasa ke semasa.

"Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu-lintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL pada Khamis.

Kenyataan itu menambah, tindakan berkala turut dilakukan di lokasi tumpuan terhadap mana-mana pemandu kenderaan awam atau persendirian yang ingkar arahan pihak berkuasa melalui papan tanda pemberitahuan dan isyarat lalu-lintas jalan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: