Pusat pelupusan sampah di Besut terbakar

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan. Foto ihsan JBPM
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan. Foto ihsan JBPM
A
A
A

BESUT - Pusat pelupusan sampah daerah Besut di Kampung Paya Rawa, dekat sini terbakar pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 petang.

"Kebakaran ini melibatkan 0.6 hektar daripada enam hektar di pusat pelupusan sampah disyaki akibat cuaca panas secara berterusan.

"Kita berjaya menyelamatkan 5.4 hektar daripada merebak sehingga menyebabkan usaha memadamkan kebakaran tersebut mengambil masa selama tiga jam," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhammad Azrul Izzham berkata, usaha mengawal kebakaran berdepan kesukaran berikutan sumber air yang agak jauh dari lokasi selain faktor timbunan sampah yang tebal dan cuaca kering.

Pusat pelupusan sampah daerah Besut seluas 0.6 hektar terbakar di Kampung Paya Rawa. Foto ihsan JBPM
Pusat pelupusan sampah daerah Besut seluas 0.6 hektar terbakar di Kampung Paya Rawa. Foto ihsan JBPM

"Kebakaran tersebut dikatakan berlaku disebabkan faktor semula jadi iaitu cuaca panas selain sisa sampah menerima haba terlalu tinggi sehingga mencetuskan api.

"Bagaimanapun, kebakaran itu dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dengan tindakan pantas pihak bomba selain dibantu oleh pihak syarikat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Majlis Daerah Besut," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!