Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan

Keadaan lori terbakar 100 peratus dalam kemalangan dekat bulatan LTU Mempaga, Bentong pada Isnin.
Pix Ihsan JBPM
Keadaan lori terbakar 100 peratus dalam kemalangan dekat bulatan LTU Mempaga, Bentong pada Isnin. Pix Ihsan JBPM
A
A
A

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pemandu lori terbabit cedera parah akibat kejadian tersebut.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.44 pagi.

Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman.
Pix Ihsan JBPM
Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman. Pix Ihsan JBPM

"Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera pemadam dan EMRS dikerahkan ke tempat kejadian.

"Komander operasi melaporkan berlaku kebakaran lori bonded dan treler setelah berlaku kemalangan iaitu lori tersebut telah melanggar belakang treler yang sedang parkir di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, kemalangan itu telah menyebabkan lori terbakar 100 peratus dan mangsa iaitu seorang lelaki dewasa cedera dan seorang lagi lelaki telah rentung di dalam lori.

Seorang kelindan rentung manakala pemandu lori cedera parah dalam kejadian tersebut.
Pix Ihsan JBPM
Seorang kelindan rentung manakala pemandu lori cedera parah dalam kejadian tersebut. Pix Ihsan JBPM

Artikel Berkaitan:

Jelas Zulfadli, treler terbabit telah terbakar di bahagian belakang manakala pemandunya selamat.

Jelasnya, pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba dan operasi terkawal pada jam 6.03 pagi.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!