Bomba nafi tiga budak maut rumah terbakar

Bomba nafi tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah seperti video yang ditularkan di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus pada Selasa.
Bomba nafi tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah seperti video yang ditularkan di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah menafikan terdapat tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah seperti video yang ditularkan di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, dekat sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.27 petang.

Kebakaran itu mengakibatkan sebuah rumah di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, Alor Setar musnah 90 peratus pada Selasa. Foto bomba
Kebakaran itu mengakibatkan sebuah rumah di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, Alor Setar musnah 90 peratus pada Selasa. Foto bomba

Menurutnya, kebakaran telah mengakibatkan sebuah rumah musnah 90 peratus, sebuah kereta jenis Proton Waja rosak lima peratus, namun tidak melibatkan mangsa.

“Dalam kejadian tersebut, difahamkan terdapat seorang kanak-kanak yang sedang tidur di dalam rumah dan apabila tersedar mendapati rumahnya terbakar sebelum berlari keluar.

“Dia kemudian beritahu adik dia ada di dalam rumah, sedangkan seorang adiknya ke kelas agama manakala seorang lagi keluar bersama ibunya. Kejadian ini tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, tular sebuah video di laman sosial mendakwa terdapat tiga kanak-kanak menjerit sebelum ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Kubang Siam, Alor Setar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

60SAATVIRAL (2)(52)Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah menafikan terdapat tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah seperti video yang ditularkan di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, Alor Setar pada Selasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.27 petang. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #Kebakaran #Rumah #KanakKanak #Bomba #Kedah

original sound Sinar Harian