KKR syor teliti semula tempoh siap projek

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan di Sekolah Kebangsaan Sendayan pada Selasa. Foto Bernama
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan di Sekolah Kebangsaan Sendayan pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesyorkan kepada pihak berkaitan supaya meneliti semula tempoh siap pelaksanaan projek yang panjang supaya dapat disingkatkan dengan kaedah tertentu sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia termasuk dengan mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar, peringkat antarabangsa seperti China dan India dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.

"Dengan adanya 'best practice' itu maka kita boleh mempercepatkan projek-projek yang ada di negara kita dari segi pembinaan jalan, bangunan dan jambatan sekali gus dapat menjimatkan kos.

"Tetapi tempat kita tidak mencapai standard kelajuan masa, oleh itu, saya ingin mengesyorkan seluruh yang terlibat dalam pembinaan ini mengkaji semula tempoh projek yang panjang, mungkin boleh disingkatkan dengan kaedah-kaedah yang tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada penyerahan Projek Pembonaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sendayan di sini pada Selasa.

Ahmad Maslan (dua,kanan) ketika melawat bangunan baharu SK Sendayan.
Ahmad Maslan (dua,kanan) ketika melawat bangunan baharu SK Sendayan.

Dalam pada itu mengenai SK Sendayan, Ahmad Maslan berkata, projek ini dimulakan dalam bulan Disember 2020 dan siap sepenunhya pada 2 April lalu, tiga hari lebih awal berbanding dengan tarikh asal kontrak yang ditetapkan.

"Ia membabitkan kos sebanyak RM8.173 juta dan antara skop projek ini adalah kerja-kerja meroboh bangunan sedia ada yang telah uzur yang mengandungi empat bilik darjah dan membina bangunan gantian melibatkan dua blok bangunan sekolah empat tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah dan kemudahan lain.

Artikel Berkaitan:

"Projek ini telah membantu dalam menangani isu kepadatan pelajar dan memberi manfaat secara langsung kepada hampir 500 orang pelajar di sekolah tersebut dari kalangan penduduk sekitar Felda Sendayan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui peruntukkan dibawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) Negeri Sembilan menyalurkan sebanyak RM500,000 bagi membaiki jalan yang runtuh di Kampung Batu 3 Mambau dekat sini akibat hujan lebat dengan segera memandangkan laluan berikut antara laluan utama penduduk sekitar.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan separuh jalan di Kampung Batu 3 Mambau dekat sini runtuh dalam kejadian hujan lebat pada malam Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu telah mengakibatkan kira-kira 300 penduduk di situ dan Kampung Sri Mantau berdepan kesukaran untuk berulang alik berikutan jalan terbabit merupakan laluan utama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!