Kerajaan kaji pemanjangan ECRL ke Rantau Panjang

Anthony Loke bersama Mohd Nassuruddin ketika sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - Foto: Bernama
Anthony Loke bersama Mohd Nassuruddin ketika sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Cadangan pemanjangan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Tunjong, Kota Bharu ke Rantau Panjang sahaja tidak dapat menambah nilai kepada projek berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagaimanapun berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengkaji dan meneliti semula cadangan berkenaan.

Menurut beliau, bagi meningkatkan nilai tambah dan ekonomi, ECRL perlu sampai ke Thailand bagi membolehkan pengambilan kargo dari negara itu untuk manfaat pelabuhan negara ini.

"Jika ECRL disambung ke Rantau Panjang, kos itu sahaja dianggarkan membabitkan RM2 bilion," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat dan mesyuarat berkaitan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Isnin.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah mahu jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Baginda bertitah, langkah itu mampu mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand selain memacu pertumbuhan ekonomi dua negara.

Anthony turut memaklumkan beliau melakukan lawatan ke stesen kereta api di Rantau Panjang yang sudah lebih 20 tahun tidak digunakan.

Jelasnya, lawatan itu membolehkan beliau memahami situasi di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Landasan itu perlu dihidupkan semula. Rangkaian kereta api itu kalau kita sambung antara Rantau Panjang dan Golok seterusnya ke Hatyai,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu perbincangan akan diadakan dengan kerajaan Thailand.

"Kita akan buat kajian terperinci bagaimana untuk menghidupkan semula landasan ini termasuk dalam komteks teknikal sama ada boleh atau sebaliknya dan dari segi potensi ekonomi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!