Lelaki rentung Myvi terbakar

Anggota bomba dan penyelamat sedang mengawal kebakaran di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.
Anggota bomba dan penyelamat sedang mengawal kebakaran di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki rentung selepas kereta dinaiki terbakar di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 9.29 malam.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran yang mengorbankan seorang lelaki di di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran yang mengorbankan seorang lelaki di di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Perodua Myvi yang dipandu mangsa dipercayai terbabas di tepi jalan dan terbakar 80 peratus.

"Mangsa ditemui rentung dan disahkan maut oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Ismail berkata, Pasukan Bomba Sukarela Batu 12 Teluk Intan seramai lima orang turut membantu mengawal kebakaran.

Menurutnya, operasi tersebut tamat jam 11.27 malam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!