PRK KKB: 'Pendekatan PN tidak dapat bantu dekati pengundi pelbagai kaum'

Program Interviu bersama Dr Nur Ayuni (tengah) dan Dr Mohd Yusri membincangkan tajuk 'Kuala Kubu Baharu milik siapa?' yang disiarkan secara langsung di Studio Sinar Harian pada Sabtu. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Program Interviu bersama Dr Nur Ayuni (tengah) dan Dr Mohd Yusri membincangkan tajuk 'Kuala Kubu Baharu milik siapa?' yang disiarkan secara langsung di Studio Sinar Harian pada Sabtu. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan digunakan Perikatan Nasional (PN) tidak dapat membantu parti itu mendekati pengundi yang pelbagai kaum dan etnik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Ayuni Mohd Isa berkata, walaupun berlaku peningkatan pengundi Melayu di Selangor, ia masih memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) disebabkan komposisi campuran kaum.

“Perbezaan pendekatan mengikut negeri memainkan peranan penting malah tidak boleh gunakan pendekatan sama seperti di Kedah, Terengganu dan Kelantan yang majoritinya Melayu walaupun berlaku peningkatan pengundi Melayu di Selangor.

“Disebabkan ia komposisi campuran kaum, corak kempen perlu berbeza tetapi saya melihat di Kuala Kubu Baharu ini masih menggunakan kempen atau strategi yang sama.

“Mereka membawa isu yang boleh dikatakan tidak dapat membeli jiwa orang Melayu di Selangor dan menjauhkan kaum dan etnik lain. Sebenarnya, antara yang boleh menarik pengundi apabila disentuh mengenai isu kos sara hidup dan perkara yang belum ditunaikan oleh parti pemerintah,” katanya.

Dr Nur Ayuni membincangkan tajuk 'Kuala Kubu Baharu milik siapa?' yang disiarkan secara langsung di Studio Sinar Harian pada Sabtu. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Dr Nur Ayuni membincangkan tajuk 'Kuala Kubu Baharu milik siapa?' yang disiarkan secara langsung di Studio Sinar Harian pada Sabtu. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk ‘Kuala Kubu Baharu milik siapa?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Sabtu.

Program yang dihoskan Haizir Othman turut menampilkan penganalisis politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim sebagai panel.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Nur Ayuni berkata, strategi yang dilakukan PH menunjukan berlakunya peralihan yang positif terutamanya melibatkan pengundi awal.

“Saya melihat ada peralihan positif kepada PH-BN melalui peningkatan undi awal kerana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penjawat awam sendiri berani buat perubahan dengan mengundi PN berbanding PH-BN.

“Apa yang parti pemerintah buat seperti memberi ganjaran, duit raya, wang tunai RM2,000 dan dijanjikan kenaikan gaji penjawat awam walaupun perkara tersebut diumumkan awal, ini membuktikan bahawa sedikit sebanyak ia dapat menyejukkan hati golongan ini.

“PN perlu mencari strategi baharu untuk mempengaruhi pengundi yang bukan sahaja Melayu tetapi kaum lain juga untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan mereka,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!