Takut polis sampai gadai nyawa

Pada Rabu telah tular satu kes kemalangan terbabas sendiri apabila satu hantaran bergambar telah dimuatnaik melalui laman Facebook melibatkan kejadian terbabit.
Pada Rabu telah tular satu kes kemalangan terbabas sendiri apabila satu hantaran bergambar telah dimuatnaik melalui laman Facebook melibatkan kejadian terbabit.
A
A
A

TUMPAT - Tindakan dua lelaki melarikan diri selepas terkejut melihat kehadiran anggota polis mengundang padah apabila motosikal yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam tali air di Kampung Nechang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9 malam, mereka yang berusia 24 dan 31 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, sebelum itu pada Rabu telah tular satu kes kemalangan terbabas sendiri di jalan Kampung Telaga Bata di sini.

"Satu hantaran bergambar telah dimuat naik melalui laman Facebook melibatkan kejadian terbabit.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua lelaki terbabit bertindak mengelak daripada bertemu dengan anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, penunggang motosikal dikatakan panik dan telah memecut laju sebelum terbabas ke bahu kiri jalan kemudian terjunam ke dalam tali air.

Ujarnya, penunggang yang berusia 31 tahun itu didapati positif benzo hasil daripada ujian air kencing yang dilakukan.

Menurut beliau, lelaki terbabit juga mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!