Dua lelaki ditahan tak sampai 24 jam selepas pecah masuk kedai

Wang tunai pelbagai dominasi antara yang dirampas. Foto ihsan PDRM
Wang tunai pelbagai dominasi antara yang dirampas. Foto ihsan PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Polis Temerloh berjaya menahan dua lelaki dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas memecah masuk sebuah kedai makan di Mentakab di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dua suspek yang berusia 25 dan 29 tahun ditahan Taman Temerloh Jaya kira-kira di antara jam 1 dan 3 petang pada hari sama.

Menurutnya, pengadu membuat laporan selepas menerima panggilan daripada pekerjanya kira-kira jam 8 pagi.

"Pengadu membuat pemeriksaan dan mendapati premisnya dalam keadaan berselerak dan pintu belakang terbuka.

"Hasil siasatan kali terakhir pengadu meninggalkan premis itu dalam keadaan berkunci kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad dalam keadaan berkunci dan mendapati 'lock shutter' di bahagian belakang kedai telah diumpil," katanya dalam pada Selasa.

Jelas Mazlan, selain penahanan dua suspek itu, turut dirampas antaranya dua telefon bimbit, wang tunai pelbagai dominasi berjumlah RM3,635, sehelai baju t-shirt, sebuah motosikal, topi keledar, dua barang pencungkil tayar dan sebatang pemutar skru.

Jelas Mazlan, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan(KK).

Tambahnya, suspek berusia 29 tahun memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek berusia 25 tahun memiliki 17 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!