Lelaki cedera ditembak, langgar anggota polis

Suspek menaiki sebuah kereta ditembak ketika cuba melanggar anggota polis dalam kejadian dekat kawasan parkir sebuah taman perumahan di Kota Damansara di Petaling Jaya pada Rabu.
Suspek menaiki sebuah kereta ditembak ketika cuba melanggar anggota polis dalam kejadian dekat kawasan parkir sebuah taman perumahan di Kota Damansara di Petaling Jaya pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki melanggar anggota polis ketika ditahan mengundang padah apabila suspek cedera ditembak dalam kejadian dekat kawasan parkir sebuah taman perumahan di Kota Damansara di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 5 pagi itu berlaku ketika suspek yang dalam keadaan mencurigakan itu ditahan anggota polis untuk pemeriksaan.

"Suspek yang memandu sebuah kenderaan itu telah diarahkan supaya berhenti, bagaimanapun suspek enggan dan terus memandu secara melulu.

"Suspek turut bertindak melanggar anggota polis bertugas sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah suspek," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, suspek yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek menggunakan kereta curi yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh.

"Suspek turut didapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau melibatkan kes bunuh, pecah rumah selain pernah dikenakan tindakan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA)," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!